ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

Selamat datang ke laman blog kursuskjp.blogspot.com untuk makluman anda disini pihak kami ada menyediakan kursus - kursus berkaitan ICT yang berteraskan pembangunan laman blog & web yang memenuhi kehendak terkini dengan kadar yuran yang berpatutan & kursus ini juga boleh dijalankan di tempat anda (sekiranya mempunyai kemudahan komputer & line internet).Selain dari menyediakan kursus pihak kami juga menyediakan perkhidmatan lain termasuk pembangunan laman web & printing untuk semua peringkat dengan kadar bayaran yang berpatutan mengikut pakej yang disediakan.
Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

KURSUS KOMPUTER DI ALOR SETAR

Kursus ini terbuka untuk semua golongan samada Individu (1 to 1)/ Kumpulan.

Antara kursus- kursus yang ditawarkan :-

1. KURSUS ASAS MEMBINA LAMAN WEB
Individu : RM 250.00 (5 Jam)
Kumpulan : RM 200.00 (7 Jam)

2. KURSUS MEMBINA LAMAN BLOG (WORDPRESS)
Individu : RM 200.00 (4 Jam)
Kumpulan : RM 150.00 (3 Jam)


3. KURSUS MEMBINA LAMAN BLOG (BLOGSPOT)
Individu : RM 100.00 (4 Jam)
Kumpulan : RM 80.00 (3 Jam)

Tempat :
Taman Enggang, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar
(Bangunan perniagaan bersebelahan Masjid Al- Bukhari)

Masa : ( Antara jam 10.00 pg - 4 ptg )
Untuk Individu :
Kelas diadakan pada setiap hari KECUALI hari CUTI UMUM .

Untuk Kumpulan : Kelas hanya akan diadakan pada hari JUMAAT, SABTU dan AHAD sahaja.

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG..SILA HUBUNGI HOTLINE : 019-5025039


DIANTARA KELEBIHAN MENGIKUTI KURSUS INI :

1. KURSUS WEB : Selepas tamat kursus pelatih akan mengetahui cara2 untuk
membina sendiri laman web, tahu cara2 utk ubahsuai laman web,tahu cara hendak
mendaftar domain serta hosting, dapat mengetahui apa itu dmain & hosting dan
bayak lagi..

2. KURSUS BLOG : Selepas tamat kursus pelatih akan mempunyai laman blognya
sendiri dengan hasil rekaan nya sendiri, pelatih juga tahu cara2 utk edit
laman blognya.dlm masa yg sama pelatik dah boleh menjadi seorg bloger selepas
tamat kursus ini.

PENGENALAN

Saudara/i yang saya hormati ,

Blog kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia bermula dari golongan remaja, dewasa, profesional, pihak kerajaan, usahawan dan golongan profesional.

Blog boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan matlamat setiap orang seperti menjana pendapatan dan mendapatkan pelawat untuk laman web perniagaan anda dengan mudah melalui blog.

Dan yang hebatnya, ramai juga para usahawan berjaya di dalam perniagaan dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka. Malah mungkin anda bakal mendapat hasil yang sama.

Namun, anda perlu bermula dengan betul dan bersistematik serta memerlukan satu teknik yang berkesan. Membina sebuah blog tanpa pengetahuan dan perancangan atau panduan yang lengkap akan memberikan hasil yang sia-sia sahaja atau hanya melepas batuk di tangga.

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya dan mencari namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.

Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah? Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus jauh ke hadapan.

Apakah jalan yang mudah tersebut? Jawabnya adalah anda silalah berdaftar dengan pihak kami untuk menyertai kursus asas membina laman blog.

Sesiapa Sahaja BOLEH Memiliki Blog

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, Pengurus, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.

Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu mudah untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri sekarang.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang peniaga/ usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh orang ramai!

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang peniaga/ usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Selasa, 12 Januari 2010

Selasa, 20 Oktober 2009

TOTURIAL ASAS MEMBINA BLOG :

Di sini saya akan memberikan sedikit panduan untuk mencipta BLOG dengan tapak blogspot.com yang saya kira amat mudah untuk mereka yang baru atau ingin memulakan sesebuah blog di alam siber ini.

LANGKAH 1
Taip http://www.blogspot.com/ dan klik butang 'create your blog now'


LANGKAH 2

Disini ada sedikit perhatian yang perlu diberikan. Jika anda sudah mempunyai akaun gmail anda boleh terus login dengan mengklik pautan "please sign ini first" dan setelah itu penuhkan username dan password anda.
Jika anda belum mempunyai gmail anda penuhkan maklumat yang diminta.

* alamat email anda yang gunakan contohnya kursuskjp@yahoo.com

* kata laluan

* nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap artikel .. posted by ********** (namapaparan)

* pengesahan kod (word verification) - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera.

* Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah siap klik butang "continue"

LANGKAH 3

Skrin berikutnya akan memaparkan petak-petak untuk beberapa maklumat yang perlu anda isikan.
# Penuhkan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Blog Kursuskjp merupakan tajuk blog contoh ini.

# Blog Address: pilih nama untuk url blog anda, selepas memilih nama yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda itu telah diambil orang atau masih kosng. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih nama yang lain yang lain.

# Setelah siap, klik butang 'continue'

Selepas itu anda hendaklah memilih template / rekabentuk blog yang telah disediakan, kemudiannya klik 'continue'


Dan anda telah berjaya mencipta sebuh blog dan telah boleh memulakan mengepos artikel pertama anda.

SELAMAT MENCUBA.....

Ahad, 14 Jun 2009

Bergambar dengan sebahagian daripada peserta Kursus Asas Membina laman Blog & web di Daerah Pokok Sena, dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah pokok Sena dan KEDA Kg Bukit.

BLOGSPOT memudahkan anda membina blog

Blogspot memudahkan anda mencipta blog @ laman web anda sendiri, dan menulis mengenai perkara yang anda gemari secara online tanpa perlu menggunakan perisian Frontpage, Macromedia dan sebagainya. Blogspot juga boleh digunakan untuk membangunkan laman perniagaan. Blog ini juga dibangunkan menggunakan Blogspot. Kelebihan Blogspot adalah anda boleh mengawal sendiri laman blog anda dan tidak perlu mengupah web designer (sehingga RM50 untuk sekali perubahan) untuk mengubah sesuatu maklumat didalam laman blog anda.Didalam kursus ini, anda akan didedahkan asas-asas memasang dan menggunakan sistem blogspot. Atau dengan kata lain, selepas kursus ini tamat anda sudah mempunyai laman blog sendiri dengan alamat http://www.namaanda.blogspot.com/. Dengan fasilitator yang berpengalaman dalam dunia internet, kursus ini akan memudahkan anda memulakan blog ataupun laman webanda sendiri.

Siapa yang patut mengikut kursus ini?

Para Pelajar Sekolah atau IPT/ Belia / Pemilik perniagaan / Penulis blog / Tauke-tauke bisnes online / Penulis novel online / Penganggur/ Pegawai pemasaran yang kreatif / Dan semua yang berminat & mahu mengembangkan lagi pengetahuan berkaitan teknologi maklumat khususnya blog & laman web.

Kenapa perlu sertai kursus ini ?

Dengan menyertai kursus ini, anda akan dapat faedah yang banyak jika dibandingkan dengan harganya. kerana caj yang dikenakan oleh web designer biasanya mahal untuk membangunkan sesebuah laman web/ blog harganya adalah dari serendah RM600 ke puluhan ribu ringgit. Tetapi dengan menghadiri Kursus Jangka Pendek (KJP) ini anda dapat mengetahui cara membangunkan serta cara untuk up-datelaman blog anda serta memiliki laman blog anda sendiri dengan harga yang berpatutan.

KELEBIHAN MEMPUNYAI LAMAN BLOG

1.Penghubung
Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar.Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil,di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis.

2.Komunikasi
Secara TerusIa menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog,di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik.Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan,pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

3.Masa Nyata (Real time)
Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'.Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar.Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan.

4.Pendapat Yang Demokratik
Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post',melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung.Melalui blog,anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis.Dengan ini juga,ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

5.Penerbitan Yang Pantas
Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau 'tools'yang pantas dan mudah.Dalam pada itu,banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses tersebut.Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.

6.Penjimatan Kos
Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai.Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk.

7.Reputasi
Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi,blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat.Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat,membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.

Mengikut kajian,mereka yang memaparkan blog atau mengunjunginya mendapat pengalaman yang mengejutkan, melepasakan penat lelah mereka dan mengurangkan tahap stres mereka.blogging memberi idea yang baru dan meningkatkan kecekapan dalam pemahaman.Ia memberikan perspektif yang berbeza bagi sesuatu idea,dan dengan cara ini dapat meluaskan apa yang disebut 'social spectrum'.

Cara- cara menambah jam pada blog

1. Klik perkataan tambah alat
2. Paparan tambah alat dipaparkan
3. Taip clock di bahagian "cari alat" - di bahagian atas di sebelah kanan & taip enter setalah siap tulis clock
4. paparan jam akan dipaparkan, anda boleh memilih mana2 jam yg anda suka
5. Pada bahagian tajuk & tinggi (anda boleh ubah mengikut kehendak anda serta bersesuaian dgn templet anda)
6. Setelah siap semuanya, klik butang "simpan" yg terdapat di bahagian bawah sebelah kanan.

Cara- cara menambah gambar dalam bahagian Catatan :

1. masuk ke www.blogspot.com
2. Login email & password
3. Klik di bahagian catatan
4. klik butang " tambah imej" (yang ada gambar pemandangan)
5. Pilih reka letak : samada nak ke kiri, tengah, kanan
6. Klik browse (untuk pilih gambar dari fail mana)
7. Pilih gambar (dari fail)
8. Klik muat naik imej
9. Klik terbitkan catatan

SELAMAT MENCUBA....

Cara- cara mamasukan teks di bahagian "tambah alat"

1. Klik pada tambah alat
2. Cari teks dan klik padanya
3. Paparan " Mengkonfigurasi Teks " dipaparkan
4. Taip apa2 di bhg tajuk
5. Taip maklumat di ruangan kandungan
6. Dan klik butang simpan di bahagian bawah

CARA UNTUK MENDAFTAR DENGAN ENJIN CARIAN

Caranya adalah dengan menggunakan kemudahan halaman web, submitexpress.com yang memakai tools khusus untk membantu alamat URL
Antara search engine yang terkenal seperti Google, Yahoo dan MSN mahupun yang kecil-kecil. Dan melalui blog-blog anda yang tersenarai di enjin carian inilah yang membantu blog anda mendapatkan trafik. Prosedurnya adalah seperti berikut :

1. Dipersilakan mengunjungi laman web ini, http://submitexpress.com/

2. Isi alamat blog anda di kotak yang tersedia di bawah tulisan FREE SUBMISSION. Jangan lupa pakai http://… Contoh, http://domainanda.blogspot.com/.

3. Klik Continue.

4. Isi Email Anda di kotak yang tersedia.

4. Setelah mengisi kod rahsia yang ada di bagian bawah, klik “submit”

5. Selesai.

P/S : Hanya sebahagian(kecil) sahaja search engine akan mengirim confirmation email kepada anda, dan anda hanya perlu klik sahaja link tersebut untuk proses confirmation link bagi search engine .

Pengikut